Pada minggu ini merupakan kuliah yang terakhir bagi kelas Muzik Tradisional (SMP2252). Kuliah minggu ini mempelajari dan berbincang mengenai “Tarian Singa”. Kuliah ini agak menarik kerana tarian singa ini merupakan tarian bagi bangsa Cina dimana terdapat keunikan dari segi pergerakan tarian, muzik dan kostum singa itu
Tarian singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
Terdapat dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan". Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.
Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.
Oleh itu, penerangan berkenaan tarian singa ini sedikit sebanyak membantu kami mengetahui lebih mendalam mengenai keunikan tarian ini.
3 comments:
Ulasan sendiri yang sangat bagus kerana video diletakkan pada bahagian hadapan. Cara yang menarik.
huraian yang baik...tahniah...saudara firdaus, anda tidak memberi pandangan tentang kursus ini ke?? tentang teknikal, kemahiran berfikir dan lain-lain...
bancha: terima kasih
christine: sila rujuk pada refleksi yang terkini. yang ini untuk minggu 13
Post a Comment