Pada kuliah minggu ke 12, pensyarah telah membincangkan mengenai Gendang 24 Musim Saya telah mempelajari mengenai sejarah, alat muzik dan gaya persembahan, konsep Jie Qi dan juga Jie Qi di Malaysia. Sebelum ini, saya tidak pernah mendengar mengenai muzik ini bahkan tidak tahu apa itu gendang 24 musim. Apabila penerangan diberikan maka barulah saya mengetahuinya malah saya juga tertarik dengan persembahan gendang tersebut melalui video yang ditayangkan.
Gendang 24 Musim merupakan gabungan amalan tradisional China dengan ciptaan kebudayaan masyarakat Cina di Malaysia. Ia merupakan seni persembahan yang diasaskan di Malaysia pada tahun 1980-an. Ia menggabungkan tiga unsur kebudayaan dan kepercayaan tradisional Cina iaitu 24 tempoh suria atau musim, kesenian kaligrafi dan seni paluan gendang. Ia mewujudkan satu seni kebudayaan baru serta interpretasi yang baru kepada kesenian gendang yang tidak pernah wujud di mana-mana pun sebelum ini sehingga membina wajah yang baru kepada kesenian masyarakat Cina. Kini sudah genap 20 tahun kelahiran Gendang 24 Musim, dan ia terbukti menjadi unsur kebudayaan Cina di Asia Tenggara yang berkembang dengan pesat, luas dan penuh bersemangat, bukan sahaja dari segi irama bunyinya malahan gerak tari dan pukulan pemain-pemainnya. Kehebatan seni persembahan ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan di China dan juga Taiwan. Kesenian persembahan ini telah diakui oleh masyarakat dalam dan luar Malaysia sebagai suatu “kebudayaan baru” yang perlu mendapat pengiktirafan warisan pada masa hadapan. Gaya persembahan Gendang 24 Musim yang penuh bersemangat dan gagah membolehkannya berkembang dengan pesat sekali di Malaysia serta telah menjadi ikutan dan dikembangkan ke negara Asia Tenggara termasuk China dan Taiwan.
Konsep Jie Qi
6 comments:
gambar yang bagus...menunjukkan satu Malaysia...hehe
1 MALAYSIA,1BORNEO. Tarian singa di sabah agak menarik lebih - lebih lagi ketika menyambut perayaan tahun baru cina. Cuba tengok di kawasan Center Point KK, terbaik.
Tak sangka ada juga perempuan melayu involve dalam gendang 24 musim ini...cayalah!!~
Banyak yang involve sebenarnya. Namun hanya di sekolah Cina. Saya begitu berharap pada suatu hari nanti sekolah kebangsaan turut menganjurkan aktiviti seperti ini.
Saya sangat suka tajuk Gerndang 24 musim ni.hehe..
inilah keunikan masyarakat Malaysia. Kepelbagaian muzik boleh dipelajari oleh semua kaum
Post a Comment