Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pensyarah En Amran dan rakan-rakan sekalian. Sedar tidak sedar kita sudah sampai ke akhir kuliah Muzik Tradisional (SMP2252). Daripada pengetahuan yang sedikit mengenai muzik tradisional sampailah boleh mengetahui dan faham apakah muzik tradisional itu. Banyak pengalaman dan ilmu yang telah diperolehi selama kuliah ini. Pada mulanya, saya beranggapan bahawa subjek ini agak berat kerana saya kurang tahu mengenai muzik dan tidak mempunyai asas, tetapi setelah memasuki kelas dan belajar saya sudah dapat menguasai sedikit sebanyak subjek ini.
Dari segi penggunaan blog individu dan kumpulan, internet memainkan peranan penting dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Penggunaan blog ini adalah sangat berkesan kerana, pelajar akan dapat pengetahuan yang meluas dan ia menjimatkan tenaga dan wang. Pelajar hanya perlu peka terhadap blog dan menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu, segala informasi sangat mudah diperolehi dan cepat disamping boleh berkomunikasi dengan pensyarah serta pelajar-pelajar lain.
Kandungan kursus yang diajar oleh pensyarah adalah sangat menarik kerana disertakan dengan video dan terdapat daya tarikan dari segi penyampaian slaid pembentangan tersebut seperti pelajar boleh mengakses terus ke web atau youtube. Selain itu, terdapat banyak bahan-bahan yang ditunjukkan dalam pengajaran supaya pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai topik yang disampaikan.
Subjek ini mampu meningkatkan lagi kemahiran berfikir setiap pelajar. Setiap kandungan pengajaran yang disampaikan dapat diaplikasikan semasa menyiapkan jurnal refleksi. Selain itu, interaksi dua hala yang dilakukan di dalam blog mampu mencambahkan idea kepada semua pelajar.
Dari segi kolaboratif, setiap pelajar boleh berkongsi pendapat dan pengetahuan di dalam blog pelajar lain. Setiap pelajar berpeluang bertanyakan soalan sekiranya terdapat apa-apa kemusykilan mengenai tajuk yang disampaikan.
Dalam pendekatan pengajaran oleh pensyarah, saya amat berpuas hati kerana setiap topik-topik yang diajar boleh dan senang difahami. Pensyarah juga menggunakan teknik komunikasi dua hala dimana pelajar bebas bertanyakan soalan-soalan dan memberikan pendapat. Selain itu, kami berkesempatan untuk bermain alat-alt muzik seperti kompang dan gamelan. Oleh itu, saya mencadangkan bahawa, pada masa akan datang pelajar boleh bermain dengan lebih banyak lagi alat muzik tradisional agar dapat merasakan sendiri cara alat muzik itu dimainkan.
Dari segi pembentangan kumpulan, setiap kumpulan berjaya menyampaikan tugasan mereka dengan baik dan memuaskan. Terdapat ilmu dan hasil dapatan yang baru daripada kajian kumpulan masing-masing. Oleh itu, saya mencadangkan agar kajian ini dapat diteruskan supaya muzik ini tidak dilupakan oleh generasi yang akan datang
Kesimpulannya, pembelajaran Muzik Tradisional (SMP 2252) telah banyak memberikan pengajaran berguna kepada saya dan pelajar-pelajar lain dan diharapkan ia dapat membantu saya dan rakan-rakan yang lain apabila mengajar di sekolah kelak. Penggunaan blog dalam pengajaran mampu memberi banyak manfaat iaitu bukan sahaja kepada pelajar, guru-guru malah kepada institut pengajian tinggi (IPT). Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada En Amran Aris selaku pensyarah yang mana cukup sporting dalam melayan kerenah pelajar-pelajarnya. Segala ilmu yang dicurahkan mudahan dapat dimanfaatkan oleh semua orang dan mendapat berkat oleh Allah.Sekian..
3 comments:
selamat maju jaya- semoga apa yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
good luck in final exam~
Unable to setup 2fa for your Binance account.
Do you want to setup 2fa in your Binance account? 2fa is required as it provides security to your Binance account. If you want to access the easiest steps to setup 2fa authentication in Binance, you can take assistance from the experienced executives by dialing Binance support number +1800-665-6722 which is working 24/7 without any break. You can attain numerous resolutions and get rid of the query in no time but for that, you need to contact Binance expert’s team. Visit:-https://www.cryptophonesupport.com/exchange/binance
Post a Comment