Thursday, October 21, 2010

MINGGU 11: JURNAL REFLEKSI



Pada minggu 11, tibalah giliran kumpulan saya untuk membentangkan hasil kerja kami iaitu mengenai tajuk “Wayang Kulit”. Ahli kumpulan kami adalah serami 6 orang dan kami telah berusaha sedaya upaya untuk menjayakan pembentangan kami ini. Untuk makluman, kami telah pergi ke ASWARA untuk membuat kerja lapangan mengenai wayang kulit. Ternyata ilmu pengetahuan yang kami perolehi daripada Pak Nasir yang merupakan seorang Tok Dalang terkenal dari Kelantan telah membuka mata kami mengenai wayang kulit. Sebelum ini, saya hanya mengenali wayang kulit apabila melihat dari youtube sahaja dan tidak pernah melihat sendiri pertunjukan secara langsung. Tetapi setelah pergi ke ASWARA dan telah menemuramah Pak Nasir maka kami telah mendapat ilmu baru dan gambaran penuh mengenai wayang kulit ini.

Dalam proses mencari bahan untuk pembentangan ini, kami telah mengagihkan tugasan masing-masing bagi memudahkan tugasan wayang kulit ini. Saya telah mendapat tugasan mengenai Wayang Kulit Jawa, manakala 5 orang ahli kumpulan saya yang lain masing-masing menerangkan mengenai Wayang Kulit Kelantan, Gedek dan Melayu. Pada mulanya kami hanya ingin membentangkan sahaja hasil kerja yang kami perolehi itu dalam bentuk slide tanpa menunjukkan demontrasi wayang kulit tetapi hasil daripada perbincangan ahli kumpulan, kami merasakan demontrasi wayang kulit perlu dilakukan untuk memberi gambaran yang lebih jelas lagi kepada pelajar-pelajar lain. Oleh itu, kami mengambil inisiatif dengan meminta bantuan staff-staff di fakulti muzik untuk mengadakan pertunjukkan wayang kulit ini .


Dalam pembentangan pada hari tersebut, kami memulakan dengan pertunjukkan wayang kulit oleh Staff seni muzik. Harapan kami agar dapat menarik minat pelajar lain untuk memahami lagi tentang wayang kulit ini. Lawak jenaka yang dipersembahkan oleh Tok Dalang telah membuahkan hasil apabila rakan-rakan kelas ketawa dan sangat gembira. Setelah selesai pertunjukkan, kami telah membentangkan hasil kerja masing-masing mengenai wayang kulit. Hasilnya semua rakan-rakan saya berjaya menguasai wayang kulit dengan baik dan berjaya menjawab soalan yang diajukan dengan baik sekali

Oleh itu, ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada En Amran kerana telah membantu kami dalam melaksanakan tugasan kami ini. Ucapan terima kasih juga kepada Pak Nasir kerana telah memberikan kerjasama untuk mendapatkan bahan-bahan bagi kerja lapangan, staff-staff Fakulti Muzik serta kawan-kawan yang lain.

Sekiranya terdapat apa-apa pertanyaan dan sebarang kemusykilan mengenai wayang kulit. rakan-rakan bolehlah melayari blog kami iaitu http://wayangkulitsmp2252.blogspot.com/


3 comments:

bancha on October 30, 2010 at 9:30 PM said...

Pembentangan yang agak bagus sebenarnya dari kumpulan awak. Namun awak perlu memahami dengan lebih mendalam lagi tajuk yang awak bentangkan.

SMP2252 TARMIZI on October 31, 2010 at 9:19 AM said...

pembentangan yang menarik dan ulasan yang padat!Keep it up guys!!!

daus on May 10, 2011 at 9:15 AM said...

about me http://firdausashan.blogspot.com

Post a Comment

 

SMP2252 FIRDAUS Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template