Pada minggu ke-10, terdapat 2 kumpulan telah membentangkan hasil kajian mereka iaitu berkaitan dengan Nobat dan Muzik Okestra Cina Moden. Hasil daripada pembentangan tersebut, saya telah mempelajari dan dapat memahami mengenai Nobat dan Muzik Okestra Cina Moden dengan lebih mendalam dan terperinci. Hakikatnya sebelum ini, saya tidak mengetahui mengenai Nobat secara menyeluruh dan hanya mengetahui muziknya sahaja tetapi apabila telah diterangkan dalam pembentangan tersebut, saya dapat memahami sedikit sebanyak mengenai Nobat itu. Pembentangan yang dibuat dapat menarik minat semua pelajar dan setiap ahli kumpulan melakukan pembentangan dengan baik malah dapat menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh pelajar.
Selain itu, kumpulan yang membentangkan mengenai Muzik Okestra Cina Moden juga dapat menarik minat semua pelajar dan mendapat kerjasama yang baik berdasarkan hasil pembentangan yang mereka lakukan. Kami amat berminat dengan hasil kerja lapangan mereka yang ditunjukkan kerana ia berbeza sedikit dari kumpulan-kumpulan yang lain sebelum ini. Apa yang saya ketahui Orkestra Cina Moden berkembang di negara ini apabila orang Cina datang ke Tanah Melayu pada Abad ke-19 dan membawa bersama budaya mereka ke sini. Masyarakat Cina yang lazimnya berpersatuan mengikut kaum keluarga dan menggunakan dewan mereka untuk mengajar muzik cina. Dari sinilah wujudnya satu permuafakatan antara mereka secara ‘ad hoc’ atau tidak formal, untuk melakukan improvisasi atau berkarya kepada opera cina tempatan dan lagu-lagu rakyat dan daerah yang berlainan. Pada tahun 1960-an, persatuan-persatuan di Malaysia mula terpengaruh dengan aliran Orkestra Cina Moden di China yang mula dibentuk pada 1930-an.
Diakhir pembentangan ini, semua pelajar dapat memahami hasil kerja kumpulan itu dan banyak soalan diajukan kepada mereka. Syabas dan tahniah kepada kumpulan ini kerana telah berjaya menyampaikan hasil kerja mereka dengan begitu memuaskan sekali.
JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN
14 years ago
0 comments:
Post a Comment