Tuesday, September 28, 2010

MINGGU 9: JURNAL REFLEKSI

Kuliah pada minggu ke 9 telah membincangkan mengenai muzik dramatari iaitu Mak Yung. Sebelum pembentangan dibuat, dekan Fakulti Muzik dan seni persembahan, Prof Madya Dr. Hassan serta beberapa staf pemuzik yang baru membuat demo persembahan tentang cara bermain alat-alat seperti rebab, serunai, gong dan lain-lain. Persembahan yang dilakukan itu sangat menarik sekali. Dalam pembentangan yang diadakan. Persembahan mak yung adalah mengagumkan dan terdapat peningkatan persembahan kumpulan setiap minggu. Hal ini kerana setiap ahli kumpulan berjaya menyampaikan persembahan dengan baik dan mampu menarik minat pelajar lain.

Pembentang mak yung pada minggu ini terdiri daripada pelajar yang berbangsa cina dan agak berbeza sedikit berbanding kumpulan-kumpulan sebelum ini. Pembentangan mereka mampu menarik perhatian dengan memulakan pembentangan dengan demo tarian menghadap rebab dan meminta semua pelajar untuk mengikuti pergerakan mereka. Tetapi disebabkan masa yang tidak mencukupi, mereka terpaksa meringkaskan pembentangan tersebut.

Diakhir pembentangan, semua pelajar dapat memahami hasil kerja kumpulan itu dan banyak soalan diajukan kepada mereka. Syabas dan tahniah kepada kumpulan ini kerana telah berjaya menyampaikan hasil kerja mereka dengan begitu memuaskan sekali.

0 comments:

Post a Comment

 

SMP2252 FIRDAUS Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template