Saturday, September 25, 2010

MINGGU 8: JURNAL REFLEKSI

Kuliah pada minggu ke 8 telah membincangkan mengenai muzik dramatari iaitu menora. Dalam pembentangan yang diadakan, persembahan menora adalah mengagumkan dan terdapat peningkatan persembahan kumpulan setiap minggu. Hal ini kerana setiap ahli kumpulan berjaya menyampaikan persembahan dengan baik dan mampu menarik minat pelajar lain disamping berjaya menjawap soalan-soalan yang diutarakan.

Menora ialah sejenis drama tradisioanal Melayu yang dikatakan dipengaruhi oleh seni darama Siam. Menora telah menjadi popular di negeri Perlis, Kedah dan Kelantan. Menora berasal dari Thailand tetapi permainan ini begitu popular di wilayah-wilayah Selatan Thailand. Menurut pendapat tokoh, asal Menora adalah dari Kerajaan Legor yang merangkumi kawasan Selatan Siam dan Utara Tanah Melayu. Menora di Thailand agak berbeza sedikit daripada Menora yang terdapat di Kedah atau Kelantan. Di Thailand pelakon-pelakonnya adalah semuanya wanita. Tapi di Kedah pelakonnya terdiri daripada lelaki dan perempuan. Ada juga yang terdiri daripada semuanya lelaki. Kebanyakan cerita-cerita Menora dipetik daripada kitab-kitab Mahabharata dan kesemuanya mempunyai 12 buah cerita asal. Pada hari ini kebanyakan cerita-cerita itu telah diubahsuaikan.

Dari segi persembahan, sebelum memulakan persembahan, pemimpin kumpulan itu akan mengadakan acara persembahan. Tujuannya untuk mendapatkan perlindungan keselamatan bagi mengadakan persembahan itu. Sambil membaca mentera, ia juga menyembah mahkota tinggi yang dipanggil CHA-DA iaitu kecopong. Apabila tamatnya upacara mentera secara nyanyian, persembahan Menora yang sebenarnya dimulakan. Ianya dimulai dengan nyanyian pelakon lelaki dan pelakon perempuan. Nyanyian mengenai cerita yang akan dipersembahkan. Nyanyian dimulakan oleh pelakon perempuan dan diikuti oleh pelakon lelaki. Nyanyiannya lambat dan saling sambut menyambut. Kedua-dua pelakon itu berada di belakang tirai. Pada masa ini muzik dimainkan mengiringi kedua-dua penyanyi itu.

Selepas itu, pelakon lelaki keluar perlahan-lahan melalui tirai menggayakan tarian yang lemah lembut. Dia diikuti oleh pelakon perempuan juga menggayakan tarian yang sama. Mereka keluar dan melakukan berbagai tarian di tengah-tengah medan yang dikelilingi oleh pemain-pemain muzik. Berbagai bentuk tarian yang digayakan. Selepas nyanyian dan tarian ini diadakan pula adegan yang berbentuk drama. Dalam adegan ini rakan akan memainkan peranannya disamping hero dan heroin. Kemudian di selang-selikan dengan nyanyian dari tarian hingga tamatnya cerita itu.

Diakhir pembentangan, semua pelajar dapat memahami hasil kerja kumpulan itu dan banyak soalan diajukan kepada mereka. Syabas dan tahniah kepada kumpulan M.I.N.D.A kerana telah berjaya menyampaikan hasil kerja mereka dengan begitu memuaskan sekali.

1 comments:

smp2252azirul on October 29, 2010 at 10:36 PM said...

Menora sekiranya ada di Sabah alangkah baiknya.

Post a Comment

 

SMP2252 FIRDAUS Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template