Tuesday, August 17, 2010

MINGGU 5: JURNAL REFLEKSI


Pada kuliah 5, pelajar Muzik Tradiasional (SMP 2252) telah didedahkan dengan muzik tradisional gamelan dan caklempong. Sebelum ini saya pernah dan kerap mendengar muzik gamelan yang dimainkan sama ada di dalam majlis-majlis rasmi, konvokesyen dan ia sinonim dimainkan ketika pembukaan sesuatu majlis. Manakala muzik caklempong, saya baru sahaja mengenalinya ketika sesi kuliah ini. Antara input yang telah saya perolehi dari kuliah ini adalah mengenai gamelan dan caklempong iaitu dari segi sejarah dan jenis-jenis gamelan, alat muzik, sistem tonal, melodi, bentuk, dan tekstur dalam muzik tersebut.


Hasil pembelajaran mengenai muzik gamelan ini adalah saya dapat mengklasifikasikan serta membanding bezakan gamelan yang dimainkan di Jawa, Terengganu dan negeri-negeri lain yang mempunyai pengaruh dalam permainan alat ini. Antara perbezaan dalam permainan tersebut adalah melalui kategori muzik yang dimainkan, alat-alat muzik yang digunakan dan perkaitannya dalam kehidupan masyarakat. Alat- alat yang digunakan dan dimainkan adalah seperti bonang dan gong. Gamelan Jawa mempunyai cara permainan gamelan yang lebih laju berbanding permainan Gamelan Terengganu. Gamelan Jawa turut digunakan untuk megiring kuda kepang, Barungan dan Riog. Gamelan Jawa juga dipersembahkan pada majlis berkhatan dan perkahwinan. Kebiasaannya gamelan dimainkan bersama penari-penari yang dikenali sebagai tarian Asyik. Selain itu, gamelan juga mempunyai pengaruh kuat dari Jawa, Indonesia dan diperluaskan ke Tanah Melayu


Caklempong dikenali juga sebagai telempong dan tak telempong. Alat muzik caklempong ini terdapat di daerah Lenggeng, Kualah Pilah dan Jelebu di Negeri Sembilan. Ia dipercayai berasal dari Minangkabau. Alat muzik ini digunakan untuk mengiringi nyanyian, tarian lilin, pencak silat, majlis perkahwinan dan keramaian. Selain itu, caklempong mempunyai pengaruh kuat dari Indonesia. Permainan Caklempong biasanya mempunyai kaitan dengan tarian spiritual seperti tarian Piring dan Randai yang lebih menjurus kepada bentuk teater. Alat muzik asas yang digunakan dalam permainan ini adalah mempunyai kekuatan dari mainan serunai atau seruling. Perbezaan caklempong di Tanah Melayu dan Indonesia dapat diperhatikan melalui alat-alat muzik yang digunakan. Alat-alat muzik caklempong di Malaysia adalah seperti Bonang, Gereteh, Tingkah, Sauwa atau Saua, Gendang Ibu dan Anak, Bangsi dan Serunai.


Selain pembelajaran mengenai gamelan dan caklempong ini, saya telah diajar secara amali memainkan alat muzik gamelan ini. Sebelum ini, saya tidak pernah bermain dan hanya mendengar dan melihat sahaja muzik ini dipermainkan. Maka peluang ini adalah amat berharga disamping mendapat pengalaman yang baru dalam mengenal muzik tradisional ini.


0 comments:

Post a Comment

 

SMP2252 FIRDAUS Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template