Pada kuliah minggu ke-4, pensyarah telah menerangkan dan membincangkan mengenai wayang kulit iaitu jenis wayang kulit, alat-alat muzik wayang kulit dan perbezaan antara wayang kulit. Sebelum kuliah ini, saya hanya melihat orang mempersembahkan wayang kulit ini melalui video-video dalam youtube sahaja dan hanya mempunyai pengetahuan yang asas sahaja mengenai wayang kulit. Selepas kuliah ini, saya telah mengetahui asal usul wayang kulit yang di Malaysia ini dengan terdapat empat jenis wayang kulit iaitu wayang kulit Jawa, wayang kulit gedek, wayang kulit Kelantan dan wayang kulit melayu.
Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri daripada pelbagai watak mitos dan khayalan dilarikan oleh seorang dalang. Di Alam Melayu, Wayang Kulit boleh didapati dalam beberapa jenis iaitu Wayang Kelantan, Wayang Melayu, Wayang Purwo dan Wayang Gedek. Persembahan wayang kulit akan diiringi dengan satu kumpulan muzik sebagai membantu menghidupkan lagi watak-watak yang dimainkan dan menggambarkan suasana adegan-adegan yang berlaku ketika itu. Peralatan muzik yang sering digunakan dalam persembahan wayang kulit adalah seperti Serunai (utama), Gendang Ibu, Gendang Anak, Gendombak Ibu, Gedombak Anak, Kesi, Geduk Ibu, Geduk Anak, Canang dan Gong. Wayang kulit lebih popular di Jawa bahagian tengah dan timur, sedangkan wayang golek lebih sering dimainkan di Jawa Barat.
Selain itu, Wayang Kulit Jawa pula berasal dari Wayang Kulit Purwa Jawa, Pulau Jawa, Indonesia. Patung-patungnya membawa watak dari cerita Mahabratha dan cerita-cerita Panji. Wayang Kulit Purwa terkenal di kawasan selatan Semenanjung Malaysia. Ia menggunakan loghat Jawa. Wayang Gedek terkenal di Kedah dan Perlis. Ia menggunakan loghat utara (kedah-Perlis). Dua watak utama ialah Etong dan Ekau. Wayang jenis ini menggunakan patung yang berpakaian moden seperti kebaya pendek.

0 comments:
Post a Comment