Monday, August 2, 2010

MINGGU 3: JURNAL REFLEKSI

Setiap minggu terdapat benda baru dan ilmu yang dipelajari. Bagi peminat seni muzik tradisional khususnya para pelajar subjek ini telah mula meminati dan mencari makna dan nilai keindahan muzik ini. Pada kuliah minggu ke 3, pensyarah telah membincangkan mengenai kaedah klasifikasi alat muzik, kategori muzik tradisional Malaysia dan ciri-ciri muzik tradisional di Malaysia. Saya telah mempelajari mengenai perspektif adaptasi dan idiosinkretik. Perspektif adaptasi ialah merupakan kaedah penyesuaian, yang mana alatan muzik adalah disesuaikan dengan faktor persekitaran dan bertindak balas mengikut keadaan ekologi. Adaptational ialah berorganik atau benda hidup dan ia dipengaruhi oleh budaya setempat dan juga menerima pengaruh muzik daripada luar. Manakala idiosinkretik pula ialah cara atau gaya yang tersendiri dan sulit. Sebagai contoh bagaimana sesebuah negara atau negeri itu untuk mengekalkan budaya mereka tanpa mengubah ciri-ciri asal mereka.

Selain itu, mempelajari mengenai klasifikasi alat muzik yang terdiri daripada budaya muzik Cina, India dan Eropah mempunyai sistem penyusunan alat muzik tersendiri dan mempunyai kategori seperti muzik rakyat, muzik klasik, muzik sinkretik dan muzik kontemporari. Terdapat enam ciri-ciri utama dalam muzik tradisional Malaysia iaitu bentuk seni lakon utama, bentuk tarian utama, ensembel genderang, vokal dan instrumental solo, ensembel sosial popular dan ensembel lain.


Dalam perbincangan ini saya mengetengahkan mengenai muzik bentuk lain iaitu “boria”. Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya, asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin Abi Suffian. Kematian Saidina Hussein r.a yang penuh tragik itu diperingati oleh kaum Syiah dengan mengadakan upacara perkabungan tahunan khusus pada 10hb. Muharam di perkuburannya. Upacara itu dikenali sebagai takziya. Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian. Nyanyian boria diketuai oleh seorang tukang karang (biasanya akan memegang tongkat penunjuk ketika menyanyi). Rangkap karangan boria yang hujung suku katanya sama setiap rangkap kisahnya berkaitan dengan sketsa yang dipersembahkan. Sailor yang terdiri lebih dari enam orang di belakang tukang karang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang tadi. Alat-alat muzik boria telah berubah mengikut peredaran masa. Namun begitu penggunaan alat-alat muzik seperti violin, marwas, gendang panjang, akordian, harmonika adalah digalakkan.


0 comments:

Post a Comment

 

SMP2252 FIRDAUS Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template