Monday, July 26, 2010

MINGGU 2: JURNAL REFLEKSI


Muzik tradisional melambangkan suatu keunikan yang terdapat di negara Malaysia ini. Setiap kaum mempunyai seni dan muzik mereka sendiri disamping melambangkan kemegahan dan identiti mereka. Pembelajaran muzik tradisional telah membuka mata dan menarik minat saya untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai muzik ini. Sebelum ini, saya cuma mendengar muzik-muzik tradisional tetapi tidak nampak nilai-nilai estetika yang terdapat pada muzik tersebut. Penghayatan amat penting apabila mendengar sesuatu muzik agar dapat tahu keindahannya. Sebelum kuliah minggu kedua ini saya tidak tahu mengenai istilah dan penerangan mengenai soundscape, budaya, sejarah, kategori dan struktur sesuatu muzik malah hanya tahu mendengar muzik-muzik sahaja. Selain itu, kurangnya mendengar muzik tradisional yang menyebabkan saya tidak dapat mentafsir dan mengklasifikasikan mengenai jenis-jenis muzik dan alat yang digunakan. Apabila selesai kuliah minggu kedua, perasaan minat dan ingin tahu itu semakin bertambah. Muzik tradisional yang dianggap biasa sebelum ini sudah mula dianggap luar biasa kerana nilai-nilai estetika dan struktur sesuatu muzik yang terdapat padanya mampu menarik minat orang yang berjiwa seni dan orang yang tidak mengetahui mengenai muzik itu sendiri.


Berdasarkan pengetahuan yang saya perolehi, muzik yang terdapat di negara ini mempunyai sejarahnya tersendiri. Kedatangan penjajah dan pedagang ke negara ini telah memberikan pelbagai jenis muzik tradisional yang unik dan menarik. Selain itu muzik ini sinonim dengan budaya sesuatu kaum. Di Malaysia terdapat berbilang kaum, adat dan budaya. Setiap kaum tersebut memiliki seni dan muzik mereka tersendiri. Sesuatu muzik itu juga dipengaruhi oleh faktor budaya. Oleh itu, budaya adalah merupakan suatu cara hidup (the way of life) dan diturunkan dari generasi ke generasi yang lain. Budaya muzik juga mencerminkan perhubungan antara cara hidup manusia dengan muzik itu sendiri. Pelbagai alatan muzik yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu bunyi. Melodi atau irama yang dapat dihasilkan juga adalah berbeza daripada muzik-muzik yang lain.


Melalui muzik tradisional kita akan dapat mengetahui kebudayaan sesuatu kaum di negara ini. Sebagai contoh gambus merupakan salah satu daripada alat muzik tradisional yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu Brunei di Sabah, yang mana mereka terkenal dengan bakat kesenian mereka. Irama petikan gambus, paluan kompang, ketukan gulintangan, tiupan seruling serta gong, gendang dan banyak lagi sememangnya tidak boleh diasingkan dari sambutan perayaan oleh masyarakat setempat. Alat muzik ini biasanya dimainkan bersama biola, rebana atau dombak, gong, gendang, seruling (suling) dan akordian. Pada masa dahulu, kombinasi alat muzik dipersembahkan untuk mengiringi Madayut (sejenis tarian yang dipersembahkan penari istana ketika upaca majlis di Raja) dan juga pada majlis-majlis keramaian, majlis perkahwinan, majlis pertunangan, malam berinai, sambutan kelahiran, berkhatan, majlis perayaan menuai dan juga upacara kematian. Dalam majlis-majlis tertentu, irama muzik gambus juga diserikan dengan tarian tradisional.


Oleh yang demikian, Keunikan irama, budaya dan muzik ini perlu dikekalkan agar tidak tenggelam oleh peredaran zaman. Dengan iramanya yang lembut, perasaan cintakan adat dan budaya tradisi sentiasa mekar dan usaha untuk memulihara dan memperkenalkan budaya bangsa-bangsa di negara ini dapat diteruskan sepanjang zaman.



1 comments:

bancha on October 30, 2010 at 9:33 PM said...

Ulasan awak lagi. Bagus pandangan awak, sememangnya muzik di negara mendapat pelbagai pengaruh luar. Malah terdapat muzik yang dicirikan mengikut kaum. Namun, proses adakah ini akan menghalang proses pemupukan satu Malaysia.

Post a Comment

 

SMP2252 FIRDAUS Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template